lil kid here ;)

My photo
Egypt
big kid with small heart..ouchh.!

cerita menarik,

mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun.

nice titttle, :) theres the facts,

seorang lelaki jika dia kesakitan dia akan membenci. sebaliknya seorang wanita ,saat dia kesakitan, maka bertambah lah sayang dan cintanya ..seandainya Hawa diciptakan dri Adam AS saat Adam terjaga,pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa . akan tetapi Hawa diciptakan di saat Adam sedang tidur , agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.Sementara seseorang wanita akan melahirkan disaat dirinya terjaga,melihat kelahiran dan kematian dihadapan matanya , namun semakin sayang dan kasih kepada anak yang dilahirkan itu bertambah-tambah.

sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari ttulang rusuk Adam yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu ( jangtung ,hatinurani) oleh itu tugas Hawa adalah menjaga Qalbu .Kemudian Allah menjadikanya bengkok untuk melindungi sisi kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah ,dia akan menjadi petani tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. wanita selalu berinteraksi dengan perasaan ,dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang , seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

dan wajib bagi Adam untuk tidak meluruskan tulang yang bengkok tersebut,seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW , " jika seseorang lelaki hendak meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta , maka dia akan mematahkannya." maksudnya adalah dengan kebengkokkan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan seorang lelaki.

maka Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa , dia memang diciptakan seperti itu .Apabila seseorang wanita sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata..itu bererti dia sedang menangis didalam hatinya .Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya , seeloknya kamu berilah dia masa untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf dan bagi wanita amatlah sulit untuknya memcari sesuatu kesalahan yang dia benci untuk orang yang paling dia sayangi...

wahai kaum Adam renung-renungkanlah.  :)
wahai kaum Hawa ..kerana dirimu begitu berharga.. :)

2 comments:

ape kes.?